Friday 4 June 2010

Saravanan tetap berdiam diri walaupun menerima tekanan


Isu sekolah Tamil di Tapah bukanlah satu isu yang baru. Janji ahli parlimen Tapah untuk membina bangunan baru sekolah Tamil di Tapah masih belum ditunaikan. Walaupun penduduk dan ibubapa telah memberi tekanan kepada YB Saravanan untuk menunaikan janjinya, ia tetap tidak berjaya.

Ini menunjukkan pemimpin Barisan Nasional sombong dan angkuh. Tidak mengendahkan kepentingan rakyat. Apa yang lebih menyakitkan hati adalah YB Saravanan langsung tidak memberi tindakbalas apabila persoalan mengenai Sekolah Tamil Tapah diutarakan. Apabila beliau hendakan undi, beliau sanggup sujud pada kaki penduduk Tapah, tetapi ketika disuruh menunaikan janji pilihanraya, YB buat pekak sahaja!

Friday 14 May 2010

Janji Kosong Saravanan Terbongkar


Ahli Parlimen Tapah Dato M Saravanan pernah berjanji bahawa beliau akan mengorbankan gaji untuk membiayai elaun anggota UTK. Beliau juga telah berjanji bahawa akan menyelesaikan segala masalah kebersihan dan perparitan. Menurut sumber masalah-masalah ini berpunca daripada kelemahan pihak berkuasa tempatan.

Setelah beberapa bulan selepas Unit Tindakan Komuniti (UTK) dilancarkan, masalah kebersihan di kawasan Tapah masih dalam keadaan yang tidak terkawal. Kawasan sekitar bandar Tapah, kampung-kampung, taman-taman kesemuanya masih menghadapai masalah kebersihan yang begitu teruk.

Disamping itu, masalah perparitan juga di Parlimen Tapah juga tidak diselesaikan. Ini menyebabkan beberapa kawasan seperti Taman Highland, Jalan Pahang, Jalan Temoh, Kampong Datuk dan beberapa kawasan perumahan yang lain. Penduduk Tapah sudah basi dengan masalah sedemikian yang menghantui mereka sejak beberapa dekad lalu dibawa pemerintahan Barisan Nasional.

Kepercayaan yang tidak berbelah bagi diberikan oleh penduduk Tapah kepada pemimpin Barisan Nasional amat mendalam, ia terbukti apabila Barisan Nasional memenangi Parlimen Tapah dan menyapu bersih kedua-dua DUN tersebut pada pilihanraya umum yang lepas. Tapi malangnya kepercayaan yang rakyat berikan tidak dibalas dengan penyelesaian masalah yang berleluasa ini.

Janji-janji kosong seorang demi seorang wakil rakyat Barisan Nasional di Tapah amat mengecewakan. Saya menyeru pihak yang bertanggungjawab mengambil langkah yang sewajarnya untuk selesaikan masalah-masalah rakyat di kawasan Tapah dan seterusnya memenuhi janji-janji yang telah dibuat.

Friday 7 May 2010

Barisan Nasional and Dato Saravanan must stop Cheating the Tapah Voters


Barisan Nasional governemnt and Tapah MP Dato Saravanan did not fulfil their promises on Tapah Tamil school. Tapah Tamil school new building construction work should have started on 2008. But due to some excuses by BN, the delayed project should have started last month (April). But no signs of works to initiate the project until today.

Why Barisan Nasional and Dato Saravanan continue their old trend? Where is the 14 Million allocation for the Tapah Tamil school?

MY PRESS STATEMENT ON 4/7/2009:

MY ANOTHER PRESS STATEMENT ON 2/8/2009: